SEMBANG DENGAN CIKGUAZI

Kurikulum
Komponen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum ini mewajibkan penggunaannya berkuatkuasa 1 Januari 2003, mengikut Akta Pendidikan 1996 – Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) 2002. Komponen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan ialah:

Komponen Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan

  1. Bahasa dan Komunikasi (Kurikulum Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)
  2. Perkembangan Kognitif
  3. Kerohanian dan Moral (Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral)
  4. Perkembangan Sosioemosi
  5. Perkembangan Fizikal
  6. Kreativiti dan Estetika

Tempoh Masa Pengajaran Dan Pembelajaran

  1. Masa pengajaran dan pembelajaran atau waktu kelas iaitu 3 1/2 jam sehari (8.00 – 11.30 pagi dan 12.00 – 3.30 petang bagi sesi kedua ( jika ada).
  2. Hari belajar ialah selama 5 hari seminggu mengikut penggal persekolahan.
  3. Tempoh masa diberi perhatian utama (ditetapkan dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) untuk komponen kurikulum berikut ialah:
Perkara
Peruntukan Masa
Bahasa Inggeris – bagi bahasa pengantar Bahasa KebangsaanSekurang-kurangnya 2 jam seminggu
Pendidikan Islam untuk kanak-kanak Islam sahaja dan Pendidikan Moral untuk kanak-kanak bukan Islam
Sekurang-kurangnya 2 jam seminggu