SEMBANG DENGAN CIKGUAZI

Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran

Pelbagai pendekatan digunakan supaya pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna, berkesan serta menggebirakan berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah iaitu :

  1. Belajar Melalui Bermain - Penekanan kepada belajar melalui bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  2. Pendekatan Bertema - Satu topik dipilih bersesuaian dengan kehidupan, masa, tempat dan minat kanak-kanak.
  3. Pendekatan Bersepadu - Aktiviti yang dapat membantu kanak-kanak memahami hakikat kehidupan sebenar yang saling berkaitan.
  4. Teknologi Maklumat dan Komunikasi - Membantu kanak-kanak memperolehi maklumat, berinteraksi dengan bahan dan rakan serta memperkayakan pengalaman pembelajaran.

Pengelolaan Pengajaran Dan Pembelajaran
  1. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara terancang :
  2. Aktiviti Kelas - Seluruh kelas menjalankan aktiviti secara serentak contohnya bercerita, menyanyi, bersoal jawab.
  3. Aktiviti Kumpulan - Kanak-kanak melaksanakan aktiviti yang sama atau berbeza-beza dalam kumpulan kecil. Contohnya ialah projek, aktviti memasak dan membuat percubaan.
  4. Aktiviti Individu - Kanak-kanak berpeluang menjalankan aktiviti pembelajaran secara bersendirian. Contohnya bermain di Pusat Pembelajaran.