SEMBANG DENGAN CIKGUAZI


Kami nyanyi sambil buat aktiviti ini:

Shapes-(Tune lagu Are You Sleeping)

Circle bulat
Circle bulat
Square segiempat
Square segiempat
Triangle segitiga
Triangle segitiga
Rectangle segiempat tepat
Rectangle segiempat tepat
(sambil beraksi seperti komposer mnggunakan jari membentuk 'shapes'yg disebut!)
Selamat mencuba untuk anak-anak atau cucu anda!Yang belum ada anak..nyanyi kat anak menakan atau anak kucing hahhahha!


Menggunakan bahan terbuang(daun kering)semasa aktiviti ini!

Di kelas prasekolah segalanya bermula..mula kenal ABC,alif ba ta,doa-doa,surah-surah dan segala nilai murni!Bertuah jadi guru prasekolah ni sebenarnya!

Padang kami yang cantik saujana mata memandang!Padang ini selalu mendapat tempat kedua kategori Padang cantik di Kulim!Rata,luas dan tenang dengan kehijauan ladang kelapa sawit!Anak-anak kelahiran SKBS juga ramai sudah berada di menara gading dan menjawat jawatan tinggi di berbagai sektor!

Uuuummm beri bola sebiji...lepas mereka di padang!Kira 'enjoy' habis ni!!Bebas!!

Uuummmm...alangkah seronoknya jadi kanak-kanak!