SEMBANG DENGAN CIKGUAZI


Kami terpaksa membuat praktikal solat dan solat Asar berjemaah di padang kerana ketiadaan surau.Surau lama hanya dapat memuatkan seramai 10 orang sahaja!Sesekali murid-murid membuat latihan praktikal di makmal komputer.Alhamdulillah plan kelulusan telah diperolehi cuma menantikan sumbangan dana pembinaan yang sedang giat dibuat sekarang!


Murid-murid terpaksa membuat praktikal solat jemaah di padang dengan beralaskan tikar!

Wajarkah kami bermandikan bahang panas begini ketika diri ini ditarbiahkan menjadi insan taqwa?Yang nyatanya padang ini pernah menjadi saksi betapa luhur budi guru dalam menjana modal insan taqwa!




Plan pembinaan surau yang bernilai RM80,000.00 yang telah mendapat kelulusan pembinaannya oleh Majlis perbandaran Kulim!
Semoga dengan paparan gambar ini dapatlah para pembaca sekalian menyumbangkan sedikit
dana bagi menampung perbelanjaan pembinaan surau yang sedang dalam perancangan!

BANTUAN DAPAT DISALURKAN MELALUI BENDAHARI JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU SK BUKIT SELARONG
No akaun: Bank Muamalat 02030002120-71-9