SEMBANG DENGAN CIKGUAZI
Hari ini di pagi yang ceria lawa sempat memikirkan aktiviti apa yang paling murid lawa suka buat?Dalam buku ringkasan ruangan ini masih kosong sebab lawa no idea so tak tulis apa -apa .Cuma pagi ni baru terlintas nak buat yang ini!Memang bahan mudah didapati.Alat tulis prasekolah telah pun di'order dalam Disember 2007.Bahan yang diperlukan hanya sampul surat terpakai...mesti menarik ni!
Aktiviti ini sesuai di lakukan di awal dan juga di pertengahan tahun.Aktiviti menggunakan kemahiran motor halus iaitu menggunakan jari untuk:
-meramas,menggentel,merenyuk,mencubit dan mengoyak!
Anda hanya perlu menyediakan bahan -bahan seperti:
1)Gunting
2)Sampul terpakai.
3)Stapler
4)Warna krayon
5)Kertas/surat khabar(diramas/renyuk)
6)Bentuk muka binatang
7)Bentuk kaki 2 pasang
Kertas yang telah diramas(direnyuk)akan dimasukkan ke dalam sampul yg telah diwarnakan.
Memasukkan kertas yang telah diramas supaya badan model binatang ini kelihatan kembong!
Aktiviti mewarna sampul surat yang sudah tidak digunakan lagi.
Gambar close up kraftangan yang dihasilkan hari ini!
Mempamerkan hasil kraftangan mereka!Cute kan??
Inilah hasilnya!Anak -anak didik lawa seronok sangat dengan hasil kerja mereka!
Labels: Kraftangan Prasekolah.